Assalamualaikum. Salam ramadhan semua. A quick one. Very quick. Sebab malam tadi tak tidur. Ni gara gara wonda coffee la. Lagipun, mungkin hiatus sebentar since nak bagi laluan untuk final exam for semester 6 dan FYP!! Iyep anak anak.. qhalida amat insya allah will graduate soon. Tapi nak graduate punya perjalanan tu mak aihhhh. Tengok. Tetiba da melalut. Salah siapa ni?
Okay, back on track. Qhali jumpa article ni dah lama. Semenjak qhali praktikal kat kota bharu hari tu. Kedai makan makcik tu menyediakan ruangan membaca. Since tukang masak memasak penuh teliti, kasih sayang, cermat dan jimat. Kami di situ membaca sementara tungguh hidangan. Gitewww. Exact name of publisher. Maaf sangat sangat. Qhali lupa. Lupa tak sempat nak ambil gambar muka depan. Kang ada yang kata aku plagiarize pula kan? Hahahaha. Okay. Terkelaut lagi! Salah siapa ni?
Article ditulis oleh: Muhammad Luqman Makhtar.
Lukisan: qhalida amat. Hiks.
Segala yang baik datang dari Allah. Mana yang cacat cela, datang dari saya hamba yang khilaf ini. Doakan kami berjaya dalam peperiksaan.
Krohh krohh krohh.
Friday, 24 June 2016
Saturday, 26 March 2016
Hari jualan fisioterapi HJF
assalamualaikum. Quick one!
Hari khamis 24 mac 2016. Qhalida amat dengan jayanya berjaya menjadi salah seorang tukang urut untuk hari jualan fisioterapi. Weehuuu!!
Yang tak boleh blah bila kutip patients sebanyak banyak alam. Padahal lepas urut 2 patients terus collapsed. Hahaha. Alhamdulillah. Atas ilmu yang allah bagi. Dapat berbakti. Tak semua berada di tempat qhalida amat sekarang. So, i should appreciate it. Kan? Kang memaseng kata aku manusia tak bersyukur.
Okay la. Benda ni in win win situation. Kita berbakti. Kita perkenalkan profesion kita. Kita asah skill kita. Kita kuatkan tangan kita. Dalam masa yang sama kita dapat pahala dan dapat duit. *kaching kaching bunyi mesin duit*
Hari tu dapat 2 patients ja. Sudahnya balik suruh munifah urut tangan aku balik. Keras dibuatnya. Bhahahaha. Tapi tak pa. Seronok. Dapat seorang nak dari kepala ke bahu dan lagi seorang tu full body. Akibatnya. Sampai terlajak masa urut anak orang kan? Hahahaha.
Nah, belanja gamba selai dua lai.
![]() |
| Ace teka laila buat apa? Thanks laila ajar qhali different technique in massage. |
![]() |
| Ni la kerja si laila. Hahaha. Comel kan? |
![]() |
| Sebahagian dari pelajar fisioterapi yang turun lab untuk menyumbangkan bakti. Jangan tanya mana gamba aku. Aku guhih gigih urut dalam cubicle lagi. Hahahaha |
Sunday, 6 March 2016
Sushi time!
So, di sini, qhali nak tampalkan satu resepi. Hokkk. Bukan senang qhalidamat nak masuk dapur tayang silat sudip. Hahaha.
Secara jujurnya. Qhali hantu sushi. Mak pun kaki sushi juga. Dan masyarakat kita mudah prejudis makanan makanan sebegini.
Beras dia halal ka?
Bukan jepun guna arak/sake ka dalam sushi?
Halal ka seaweed tu? *muka sinis
Dan pelbagai soalan lagi.
Nahh. Qhali kongsikan resepi sushi. Insya allah, halal dan tiada keraguan, insya allah. *tetiba rasa nak nyanyi lagu tak perlu ragu ragu ragu, sayang*
Qhali akan bagi step by step okay ;)
![]() |
| Mula mula. Kita memerlukan semangkuk nasi panas okay. Lagi lagi lepas dia baru masak. Sebab nanti kita nak campur dengan mayonis dan cuka. Tak nak bagi nasi berderai. |
![]() |
| Telur dadar. Dijamin bersih. Sebab dua manusia yang basuh telur ni. Hahaha. Lepas tu gulung telur ni dan gunting gunting baris memanjang. |
![]() |
| Qhali guna timun jepun a.k.a zucchini. Sebab dia rangup. Dan tak berair. Dan bila nama dia ada jepun, tetibe feeling makan makanan mahal, kan? Hahaha |
Let's go
![]() |
| Untuk nasi semangkuk besar ni, qhali letak 2 ke 3 sudu cuka. Nak bagi dia masam masam sikit |
![]() |
| For mayonnaise's lovers, kau tabur picit berapa banyak la kau nak dalam nasi panas ni. Pandai pandai agak berapa banyak. Nanti banyak banyak loya semacam la pula. |
![]() |
| Gaulkan kesemua. Abaikan kecomotan meja. Dengan tutup cuka, mayonis tergolek. Tangan gemuk. Hahaha |
![]() |
| Bentangkan seaweed atas buluh rotan tu. Qhali beli benda ni dekat kedai diy. |
![]() |
| Letakkan dua ke tiga sudu nasi yang kita dah gaul. Leperkan atas seaweed mcm ni. |
![]() |
| Seterusnya, susun bahan comel comel. Sosej. Timun, telur, ketam. Nak pelbagaikan bahan boleh ja. Letak tuna, lobak, sambal petai pun boleh. |
![]() |
| Gulungkan perlahan lahan sambil sambil tu tangan bagi tekanan sikit supaya nasi dia mampat. Kalau x nanti nasi berderai. |
![]() |
| Jajanggggg. Gulung sampai ke sudah. Kalau agak agak hujung tu tak melekat. Boleh je sapu mayonis atau sapu air. Buat syarat macam gam. Jangan kau letak gam uhu sudah |
![]() |
| As for my tip untuk potong gulungan ni, qhali akan tebuk tengah dulu guna mata pisau yg hujung. Dan seterusnya baru la qhali potong satu satu |
![]() |
| Oh yeahh. Sushi home made dah siap. |
Qhali guna beras biasa saja. Tak guna pun beras sushi tu sebab beras tu mahal. Hahaha. 9 ringgit sekilo wei. Siapa nak beli. Baik ambil beras mak kat rumah je. Jimat.
Dan lagi satu qhali belajar buat sushi adalah mak tak boleh makan beras pulut. Kalau lepas makan sushi kat luar tu, kaki mak akan merah, panas, bisa, luka berair. So, bila qhali buat guna beras biasa ni. Alhamdulillah. Mak boleh makan and no complications. Alhamdulillah.
Yang baik datang dari allah. Yang buruk datang dari qhali yang comot ni. Sekian. Selamat mencuba!
Adiues amigus jom ramai ramai beli sugus.
Friday, 26 February 2016
Apple of my eye ;)
Assalamualaikum. The day finally come. Already lepas da sebenarnya. Hahahaha.
Semalam adalah hari terakhir clinical attachment di terengganu. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan. Allah. Besar sungguh kuasaMu. Maha Pengatur. Yang Maha Mengetahui. Betul la. Allah letak kita pada satu tempat mengikut kesesuaian kita.
Mengenali hamba hambaMu yang sangat meninggalkan kesan dalam hati ini ya allah. Permudahkan urusan mereka ya allah. Berilah kesihatan yang baik pada mereka. Jagakan mereka ya allah. Lindungi mereka dari perkara yang berbahaya. Kayakan di dada mereka dengan ilmu2 Mu ya allah.
Sungguh la. Mereka sangat baik hati. Hanya allah mampu membalas setiap jasa yang diberi. Mereka la cikgu. Mereka la kawan dan aku sendiri rasa kami mcm adik beradik. Sakat sakat macam setan tu tak payah cakap la. Hari hari kena. Tiada hari pun yang tak dipenuhi dengan senyuman. masa seminggu pertama tu terpaksa la buat juga smiling training dengan nawal dan mulan. "Qhali, senyum. Okay tahan 10 saat. Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh!! Dah pergi masuk department". Hahahaha. Aku bukan penggemar menepekkan senyum di muka. Aku prefer gelak macam setan terus. Hahaha. Dan minggu minggu seterusnya.
Semalam adalah hari terakhir clinical attachment di terengganu. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan. Allah. Besar sungguh kuasaMu. Maha Pengatur. Yang Maha Mengetahui. Betul la. Allah letak kita pada satu tempat mengikut kesesuaian kita.
Mengenali hamba hambaMu yang sangat meninggalkan kesan dalam hati ini ya allah. Permudahkan urusan mereka ya allah. Berilah kesihatan yang baik pada mereka. Jagakan mereka ya allah. Lindungi mereka dari perkara yang berbahaya. Kayakan di dada mereka dengan ilmu2 Mu ya allah.
![]() |
| Terpakasa screen capture insta amir. Bhahahaha |
Ada kaki buli. Ada kaki nyakat. Eh senang kata, semua kaki ada. Hahaha.
Need to stop, maybe ada part apple of my eye bahagian 2. Bhahaha. Siap!!
Thanks accepting me as who i am.
May allah bless. Sampai bila bila qhali ingat jasa budi pekerti semua orang. Sob4.
Sayonara hospital kemaman!
Insya allah kita berjumpa lagi. Insya allah :)
Sunday, 14 February 2016
So random post, maybe?
Assalamualaikum. Despite of bunch of works *ehem assessment*. I need to spill something. Selagi aku tak tulis benda aku rasa bila bila masa aku akan lupa. Ni sweet reminder. Untuk kau. Untuk aku. Untuk dia. Untuk semua. Yang kadang kadang mengeluh, yang mengomel walaupun tak la comel mana bila dipikirkan balik perangai tu.
Sumpah. Benda ni kalau aku cakap cakap, pusing pusing, akan kena batang hidung aku balik. So, kiranya aku kena, kau kena. Aku ingatkan kau, kau ingatkan aku. Bak kata puan zaza.
Bukan aku cakap. Ni orang yang berpengalaman berpuluh tahun cakap. Nak dibandingkan dengan aku yang baru 3 kali keluar praktikal. Oh God, my clinical experiences? Deep bottom hit the sea level. Gitu. *terabur bahasa inggeris. Lantak la*
Okay, aku tak nak melarat apa yang aku nak tulis sebenarnya.
Please, no offense. Aku sayang kau.
Do appreciate with other's efforts in helping you. It's not a crime to accept a little hand to widen your knowledge.
Ingat, Allah letakkan kita di sesuatu tempat yang bersesuaian, di kelilingi orang orang yang sepatutnya, pada waktu sepatutnya kerana Allah tahu. "Hamba Aku ini mampu mengharungi ujian yang Aku bagi". Kau ingat saja saja Allah campak kau ka? Tak, Allah tak kejam. Allah tak zalim. Yang salah tu kita, bila hati jadi buta. Anggota lain semua tertutup. "Tempat ni tak best la, patient sini tak cooperate la, alatan sini tak best la" . Kau ingat hidup kau sentiasa SYURGA??? Think twice, please.
Aku mula mula pun macam "kenapa aku dicampak ke sini?, kenapa orang lain okay aku tak okay and everything else of negative thoughts that always lingering in my minds during clinical. Hahaha. Aku la tu salah satu manusia yag selalu pertikaikan kehendak Allah.
Benda benda macam ni kau kena ambil masa. Fikir. Muhasabah. Fikir. Dan menangis la kalau kau da rasa berdosa sangat bila kau pertikaikan kehendak Allah.
Ottoke. My aims untuk post ni nampaknya da mencampah sangat ni.
Okay, back on track.
Kadang kadang kita rasa ilmu kita tinggi. Ilmu si polan si polan rendah. Almaklum. Tak degree al ijazah macam kita *flip selendang. Tak!!!. Kau kena buang persepsi macam tu. Terima. Kalau kau tak nak terima. Angguk ja dulu. And put a big fake smile on your face. Balik rumah kau kaji balik apa yang di kongsikan oleh si polan si polan. Tak semua ilmu kita ada. Contohnya, ilmu hitam *ngahahahaha, serius la qhalida amat*
Kalau kau rasa si polan si polan show off ilmu dia. Kau tanamkan ja dalam hati "ya Allah, andaikata aku dah menjadi seseorang yag membantu umatMu, jauhkanlah aku dari sifat sifat mazmumah". Kan? Nampak? Allah sikit cantik atur hidup kita jumpa dengan manusia yang berbagai bagai. Supaya kau belajar. Manusia tu macam macam jenis. Bukan sejenis ja. Bukan sejenis yang bila kau jumpa, kau rasa syurga ja. Hahahaha.
Belajar menerima. Belajar bersyukur. Allah dah janji. Bila kita bersyukur, lagi Allah limpahkan kita dengan rezeki Dia. Mungkin bukan serta merta rezeki tu jatuh jelepuk. Mungkin ada doa doa tersembunyi yang sentiasa dihantarkan kepada kita. Tapi kau? Ngomel! Kau ingat comel??
Penggunaan bahasa "kau, kau" bukanlah nak tudingkan jari pada kau. Penggunaan "kau, kau" juga di tujukan kepada aku. Yang kadang kadang aku rasa aku lebih sikit dari orang. Bhahaha. Lebih lemak. Kau tak da lemak setebal aku, kan? Itu aku berani jamin. 100%!!
Please. No offense. Sweet reminder untuk kau. Untuk aku. Untuk dia. Untuk semua.
Dah cakap alhamdulillah untuk hari ni?
Alhamdulillah.
Allah hantarkan aku ditempat yang bersesuaian, dikelilingi orang yang bersesuaian dan pada masa yang bersesuaian. Sesungguhnya, aku satu satu manusia yang terpilih untuk harungi ujianMu.
Betul, gembira pun ujian. Ujian bila mana kau akan ingat pada DIA atau tidak dalam tawa mu.
Betul, sedih juga ujian. Supaya kau berfikir balik, di tempat mana kau patut meminta merayu merengek bagai. Fikir.
Salah, senget bukan ujian. Itu jadinya bila kau senget benget. Bhahaha.
Aku tak larat nak pikir ayat dah. Hahaha.
Sumpah. Benda ni kalau aku cakap cakap, pusing pusing, akan kena batang hidung aku balik. So, kiranya aku kena, kau kena. Aku ingatkan kau, kau ingatkan aku. Bak kata puan zaza.
"This is not a time where you're going to show off your knowledge. This is the time you help each other. If your friends lack in something. Teach them and help them"

"What's the big problem to receive a little hand to widen our knowledge? Not a big crime, right?"
(Lilitinta, 2016)
Assalamualaikum ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)