Saturday 26 January 2013

Inpatient Department :)


Assalamualaikum and hola buddies J

Hari ni nak coret-mencoret al-kisah aku kat inpatient department. Aku mencoret ok, bukan nak carut. Ada paham?

 Pengalaman di inpatient? Superb! Gelak-gelak manja then bila sampai slip banyak, semua orang dalam mood yang serious. Lagi-lagi pulak kalau da nak pukul 12. Nak lagi tragik pukul 12 time hari jumaat. Akakaka! 

So, apa ni inpatient department? Inpatient department ni kita supply ubat kepada pesakit yang berada dalam wad-wad. Akan la diorang nak terlantar tanpa diubati kan? Mostly kita akan supply dalam unit-of-dose which mean kita supply ubat tiap-tiap hari. Tahun lepas masih ada wad yang guna system unit-of-use which mean kita supply ubat injection for three days and tablets for five days. Tapi da jarang da. Takut ubat patient tak cukup. Time tu nak marah farmasi la sebab tak supply ubat yang tak cukup padahal kau tak hantar slip. Adeyh L

Seawal 8 pagi, kami menunggu ketibaan trolley dari wad-wad. Hahaha..menunggu ketibaan tak nahan! Then bila da sampai tu, pepaham je la memasing, kena la buat floor stock. Floor stock tu bekalan ubat untuk dalam wad in case kalau farmasi tak buka or patient urgent nak guna bila waktu malam-malam. Tak ke naya kalau tak da bekal kat wad malam-malam cenggitu??

box for floor stocks :)
Then, siap kan slip-slip kuning yang boleh buat kau rasa nak muntah tengok warna kuning, tu sebab aku boikot durian sekarang sebab isi durian kan warna kuning! Hahaha. Tipu, tak mungkin la durian yang yummy-yummy tu aku tolak kan? Hahah. Wad yang paling aku ade suka-duka nak buat ialah wad 1-4. Sebab mostly budak kecil weyh! Kesian. Dengan wad PICU gak. Semoga adik aqif rayyan dan adik nur asyura sembuh ye sayang J


fail rekod perubatan :)

another one :)



slip prescriptions ward 1-4
Lepas agak-agak semua da settle da siap trolley, fail and floor stock, kiteowang yang trainee akan menunjukkan ciri-ciri menantu mithali dengan filling stocks, buat drug return, susun stocks baru sampai. Rajin kan kami?

hafiz susun ubat.

Nak ditambahkan kerajinan aku, aku buatkan syrup or freshly preparation untuk patient. Urmm, ini bukan rajin sebenarnya, ini kena buat, tak boleh lari, tapi saya amat treasure buat syrup J Best!!

syrup metronidazole :)
Da penat-penat exercise jari runcing-runcing gemuk, lupa pulak nak bagitahu berapa ramai pembantu farmasi yang awesome dan pegawai farmasi yang superb dalam tu kan? Hahah. Ada Mr Tam yang selalu cakap “Malaysia Boleh” and deeply treasure in gardening. Mr Tam pandai kacukkan kan bunga weyh. Aku sebagai gadis pun tak terel. Kah3. Ada kak Huang yang superb! Weyhh, ini bukan superb yang ala suam-suam kuku tu, ini superb betul! Kak Huang gila pantas buat kerja weyh. Wa salute sama kakak la! Ada kak Dayang yang comel and plus awesome. And ada juga kak Shafizah yang gila-gila. Tapi dia kena transfer to sat 5 yang jauh kat atas tu. And pegawainya pulak, kita mempersembahkan Mr Lim yang sangat comel. Bila dia kena asak dengan persoalan dari kami-kami trainee yang sangat baru di pluskan dengan nurse duk tepon, tanye dose available sambil countercheck trolley, time tu dia sangat comel sebab dia kelam-kalibut. Hahaha. Suka sangat tengok. Then ada Adam tapi Adam da pindah. Semoga Berjaya di Kedah, Adam!

So, overall, sini superb. Biasa la kalau mula-mula masukkan, macam awkward. Nasib baik time tu ada hafiz huang dan afiq trainee dari KKM sama practical. Tak dilupakan juga pada liyana and linda. Hee J

saya nak ucapkan terima kasih tahaap infiniti pada semua yang ajar saya kat inpatient ni. jaggan risau deyh, lepas sebulan masuk FBW ni balik.keh4!

ace nengok gambar :)

lotion and external preparation :)

stocks for haematinics :)

tempat kelentang-kelentung buat syrups :)

kertas kerja :)

stock ubat tablets :)

internal preparation :)

loading bay untuk floor stock boxes :)

get ready for make it ! :)

no motive :)

allopurinol and metochlopramide syrups :)
buat sendiri taw! 

kita kembuhh ini meja !

tempat simpan segala bagai injection :)



ursodeoxycholic acid syrup 50mg/ml
ursodeoxycholic acid 250 mg 5 caps
+ 10 ml of glycerin
+top up with syrup BP until 25 ml
ini sangat super!!~
AND, bila kami betul betull da tak ade kerja,

buat bookmarks :)

timbang sodium chloride, sodium bicarbonate and glucose :)

buang ubat yang da expired and tak tahu tarikh luput nya :)
p/s: hargailah ilmu yang diberi oleh Allah, jangan kedekut malahan limpahkanlah ilmu-ilmu mu pada rakan dan teman mu :)

adios amigos peeps :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Btw ape uniform rasmi atau pakaian seragam penolong pegawai farmasi hehe. Thank you (:

    ReplyDelete